Wednesday 20 July 2011

PIBG : ada FUNGSI KE???

Saya seorang Setiausaha PIBG sekolah. Sepanjang 3 tahun berkhidmat sebagai S/U, banyak yang saya perhati dan halusi. PIBG bukan lagi jadi wadah komunikasi tetapi jadi medan pertelingkahan banyak pihak. banyak isu2 yang sangat xwajar tetapi jadi bahan isu seolah2nya isu tersebut boleh menggugat negara.

PIBG : sebenarnya apa yg kita faham disebalik PIBG?
Persatuan : bersatu dalam sebuah perikatan
IbuBapa : ibu bapa kepada murid-murid yang belajar disesebuah sekolah
Dan : perkataan yang menjadi kata hubung atau penyambung antara dua perkara
Guru : pendidik yang mengajar di sesebuah sekolah.

Tapi, wujudkah perikatan diantara dua buah komuniti besar yang menerajui sesebuah sekolah. sebenarnya xwujud langsung. Guru-guru xsetuju dgn tindakan ibubapa, manakala ibubapa sentiasa mencari2 dan menunggu masa guru-guru melakukan silap.dimana silapnya..

minggu lepas, sy terkejut dgn kata2 seorg bapa nak buat aduan ke jabatan hanya kerana kesilapan kata2 beliau sendiri dan kata2 GB. peliknya dunia.., antara ibubapa dgn pentadbir sekolah sudah tidak ada kasih sayang dan saling perlu. Pihak pentadbiran sering sahaja sibuk dengan isu pertikaian dan pertelin gkahan pendapat ant guru dgn masyarakat.

sy bersetuju sekiranya ada saranan untuk menghapuskan PIBG. Pada sy, penglibatan dgn PIBG apalagi berjawatan dalam PIBG sangat membebankan tugas2 hakiki guru. sangat2 membebankan memandangkan guru-guru sudah termaktub tugas2 hakiki mereka. Pada sy pihak guru sudah menjalankan tugas mendidik anak-anak mereka semasa waktu sekolah. tak perlu lagi buat kelas tambahan atau kelas2 intensif. itu tugas ibubapa kalu nak anak berjaya. saya muak dgn kata2 guru-guru perlu berkorban masa dan tenaga untuk mendidik. Perlu ke??

kasihan pada guru-guru, menghabiskan masa dan tenaga untuk sebuah persatuan yang TAK PUNYA MASA DEPAN. PIBG sekadar jadi gelanggang meluahkan marah dan menghamburkan kata2 yang xenak didengar. untuk apa? kalo anak2 murid berjumlah 1400, ibubapa yg datang untuk mesyuarat agung hanya 200 orang. jumlah itu termasuk 80 orang ( sebab guru wajib hadir mesyuarat agung PIBG ). berapa kerat je ibubapa yang hadir. bila menjelang menyuarat PIBG jumlah tu berkurangan jadi xsampai 50 orang pun!!

alternatif, biar je PIBG sekadar nama. xperlu buat apa2., jadi duit pun tak habis. dan ibubapa pun xperlu susah2 pasal cari dana. banyak perkara yang boleh dibereskan tanpa bebanan tugas2 tambahan macam ni. heran., kalu xnk bagi sokongan untuk apa kita wujudkan persatuan..?

sudah2 lah. pilih satu ant 2 : berubah dan teruskan persatuan ; atau
BUBARKAN!!

2 comments:

  1. ...bubaarkan pun bagus jugak, berkongsi pengalaman di sekolah saya. Sekolah tak besar, tapi yg berebut nak pegang jwtn dlm PIBG mcm la persatuan nih jual emas dgn bijih timah, sampai mak bapak bermusuh2an. Camana tu?

    ...ini blom termasuk yg memegang jwtn semata2 nak jadikan sbagai paksi lonjakan mendapat gelaran PJK dan Datuk dek kerana ada PENGLIBATAN berbakti kepada masyrakat dan sekolah, walau hakikatnya TAK PENAH LANGSUNG!

    ...PIBG jga dijadikan medium nak kumpul duit untuk persatuan, yg bila pihak sekolah nak minta sumbangan, dah macam minta sedekah. Duit banyak habes pd perkara tak perlu, terutamanya MAKAN bila setiap kali mesyuarat yg namanya mesyuarat tapi lebih kepada mengikut idea mereka di atas...isu anak didik yakni anak2 mereka ~ dianggap isu picisan. Macamana anak2 nak belajar lebih baik kalau beginilah keadaannya...kesian kita cikgu2...

    ReplyDelete
  2. Walaupun ini entri lama, namun saya bersetuju sangat dengan pendapat cikgu. Saya telah menjadi SU PIBG selama 6 tahun dan apa-apa program yang dianjurkan dibawah nama PIBG guru juga yang bertungkus lumus membuat persediaan walaupun AJK terdiri daripada Exco PIBG. Langsung tiada kerjasama daripada pihak ibu bapa.

    ReplyDelete