Friday 29 July 2011


Nikmat Allah kepada makhluk di dunia ini. Berapa ramaikah antara kita yang bersyukut dengan nikmatNya??

Sunday 24 July 2011

PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN



1. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan ialah suatu strategi pengajaran secara saintifik yang dibina untuk melatih murid memikirkan tentang masa depan secara berkaedah, bermakna dan bertangggungjawab. Dengan ini, menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.

2. Terdapat empat prinsip atau rasional mengapa Kajian Masa Depan digunakan:

(a) Prinsip Perubahan: Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan sebagainya, berdasarkan pengalaman dahulu tidak semestinya boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan dan merancang.

(b) Prinsip Pandangan Jauh: Era globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial di dunia dekat. Kejadian yang berlaku di sesuatu tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat yang lain. Kemahiran pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah perlindungan atau pencegahan sebelum sesuatu perkara berlaku.

(c) Prinsip Perancangan Strategik: Andaian terhadap masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi rancangan kita pada masa kini.

(d) Prinsip Pengupayaan: Remaja selalunya prihatin tentang masa depan mereka. Oleh itu, mereka perlu belajar kemahiran perancangan strategic, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka.

3. Objektif Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan: membolehkan murid:

(a) Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan.
(b) Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.
(c) Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.
(d) Membina sikap dan nilai tentang masa depan.
(e) Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan.

4. Faedah Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Di Bilik Darjah:

(a) Terhadap Murid:
(1) merangsang murid berfikir
(2) menyemai semangat optimistic tentang masa depan
(3) menggalakkan murid memahami kesepaduan antara pelbagai bidang ilmu
(4) berupaya menangani dan menyelesaikan isu-isu kritikal
(5) menyediakan murid meneroka alam pekerjaan masa depan
(6) menyemai keyakinan diri untuk menghadapi cabaran masa depan
(7) melatih menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
(8) murid berminat dan seronok kerana mereka boleh mengeluarkan idea dan pandangan tentang sesuatu tema

(b) Terhadap Guru:
(1) pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.
(2) Guru berperanan sebagai fasilitator kerana murid memainkan peranan sebagai peneroka yang aktif
(3) Pelbagai gaya pembelajaran seperti lisan, visual, audio, kinestetik dan komunikasi berpusatkan murid boleh digunakan.
(4) Iklim dalam bilik darjah seronok, menarik dengan suasana kreatif serta persekitaran yang boleh merangsang murid untuk belajar.

5. 2 Komponen Asas Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan:

(a) Kemahiran Asas Kajian Masa Depan:
(1) Membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada.
(2) Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena, trend atau perubahan masa depan
(3) Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.

(b) Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan:
(1) Pemahaman konsep kajian masa depan
(2) Pengumpulan maklumat
(3) Ramalan dan analisis
(4) Imaginasi dan kreativiti
(5) Strategi mengatasi cabaran
(6) Proses inovasi sosial
(7) Membina senario
(8) Penjelasan nilai dan masa depan
(9) Dimensi kemapanan

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH


Pengenalan
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu boleh dilaksanakan secara solo mahupun secara bergabungan.

Jenis-Jenis Kemahiran Bernilai Tambah
(a) Kemahiran Berfikir
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin tahu, seperti;

a) Apakah objek itu?
b) Bagaimanakah bentuk objek itu?
c) Apakah kegunaan objek itu?
d) Bagaimanakah menggunakan objek itu?
e) Di manakah dapat memperoleh objek itu?

Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir. Ia dinamakan jenis-jenis kemahiran berfikir.

Maklumat yang berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran.

(a) Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu yang mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu, pengolahan bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut pandangan yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002) dalam Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti;

i. menjana idea – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab, menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau pandangan, menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya.
ii. Membuat inferens – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian, membuat rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat kesimpulan awal daripada maklumat yang diperoleh, membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal dan sebagainya.
iii. Menghubung kait – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan, menyatakan sebab-musabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya.
iv. Meramal – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan, mengganggarkan apa yang akan berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan yang akan berlaku, dan sebagainya.
v. Membuat hipotesis – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya.
vi. Mensintesis – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-idea, menyepadukan idea-idea, dan sebagainya.
vii. Mengitlak – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya.
viii. Menganalogi – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat perlambangan, membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan, dan sebagainya.
ix. Membuat gambaran mental – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain, membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran mental, dan sebagainya.
x. Reka cipta – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan bentuk, menciptakan sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif, dan sebagainya.

(b) Kemahiran Berfikir Kritis ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses membuat penilaian itu akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku manusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa berkenaan sebagai kayu pengukurannya. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti;

i. Mencirikan – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal pasti dan menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya.
ii. Membandingbezakan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi, dan sebagainya.
iii. Mengumpul dan mengkelaskan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya.
iv. Membuat urutan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria tertentu, dan sebagainya.
v. Menganalisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat atau data, dan sebagainya.
vi. Menilai -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan, membuat pilihan, menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan sebagainya.
vii. Membuat kesimpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan maklumat atau data, membuat hipotesis atau tesis, kesimpulan dan sebagainya.

(c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat kesimpulan) dan penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut). Aktiviti menaakul melibatkan;

i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi contoh-contoh sesuai.
ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria untuk membuat kesimpulan atau rumusan.

(d) Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis. Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah. Petunjuk strategi berfikir ialah;

i. Mengkonsepsikan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan membina konsep.
ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan masalah, sasaran masalah dan sebagainya untuk diselesaikan.
iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan kesan dan sebagainya untuk buat penentuan.

(b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan, keupayaan menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah, terancang, kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengajaran dan keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan menerima emel, menggunakan aplikasi perisian untuk menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat. Kemahiran ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat menggunakannya untuk tujuan mendapatkan maklumat, memproses maklumat, dan menghantar maklumat. Kemahiran ICT bukan sahaja kemampuan aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio kaset, televisyen dan sebagainya yang bersifat teknologi. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a) penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dari aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai;

i. Persembahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menayangkan power points, petikan, gambar, gambar rajah, gambar visual dan sebagainya.
ii. Demonstrasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah gambar visual berkenaan tunjuk cara, rajah contoh pelaksanaan, dan sebagainya.

Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam beberapa kategori seperti;

i. Tutorial -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar maklumat menggunakan email, menonton demostrasi contoh tugasan, dan sebagainya.
ii. Penerokaan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal; mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi, melihat demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan.
iii. Pengaplikasian -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis dan mengedit karangan dalam perisian, mencari dan melengkapkan maklumat yang diusahakan, mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuk tujuan melengkapkan maklumat, menyisih dan mengkelas data-data yang diperoleh dengan menggunakan perisian-perisian yang sesuai seperti SPSS, dan sebagainya.
iv. Komunikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghantar, menerima dan berkongsi maklumat sama ada antara individu mahupun dengan ramai individu. Antara mod atau bahan yang memboleh

(c) Kemahiran Belajar Cara Belajar
Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara Belajar (BCB) sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar tanpa bersama guru. Pendapat Sherina yang dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood (2007) pula berpendapat BCB merupakan kaedah belajar atau menelaah pelajaran yang boleh berlaku dalam kelas bersama guru ataupun secara berseorangan membaca buku di perpustakaan. Bagi Abdul Hamid Mahmood sendiri BCB merupakan usaha mengembangkan tabiat belajar. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) menegaskan tujuan pelaksanaan BCB agar murid peka terhadap teknik-teknik pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan murid meningkat pengetahuan, cekap bertindak dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, dan sebagai amalan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan terbentuk sikap peka diharapkan sistem pendidikan akan menghasilkan pelajar yang aktif, bersikap ingin tahu, rajin berusaha mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan matang merumuskan maklumat. Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat sumbang saran, aktif menyoal, mengenal pasti idea dan menyusun idea, mencari sumber maklumat, memilih dan menilai maklumat, membuat pemerhatian, mendengar secara aktif, mencatat nota atau maklumat atau data, membuat inferensi atau generalisasi, menyusun data, membuat rujukan silang, berkongsi maklumat, menepati masa.

Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Hj. Nik Basri (2007), BCB melibatkan aspek;

i. Kemahiran pengurusan kendiri -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyediakan peralatan belajar, pengurusan masa, pilihan kerjaya masa depan, menepati masa, mengurus tekanan belajar dan menggalakkan perbincangan.
ii. Kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghayati, memahami dan menilai maklumat didengari, mencatat maklumat didengari, rajin bertanya, memberi pendapat atau pandangan, bersikap ingin tahu dan mencuba, berkongsi maklumat dan sebagainya.
iii. Kemahiran membaca -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membaca secara luncuran (skimming) seperti membaca tajuk, subtajuk, pendahuluan, ringkasan atau rumusan; membaca secara imbasan (scanning) seperti membaca pantas pendahuluan atau rumusan; bacaan intensif secara terperinci dan tekun; dan bacaan laju dengan cara menambahkan bahan bacaan.
iv. Kemahiran menulis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis atau mencatat cepat, membuat ringkasan, membuat peta minda, mencatat isi penting dan sebagainya.
v. Kemahiran mengingat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyenaraikan kembali fakta atau isi, menceritakan kembali maklumat yang dibaca, dan sebagainya.

(d) Kemahiran Kajian Masa Depan
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002b) Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu cara menyusun pemikiran atau cara kita mengkonsepsikan kehidupan. KMD diperkenalkan agar generasi baharu bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Hal ini disebabkan masa depan setiap manusia pasti berubah, penuh dengan cabaran, dan dugaan yang tidak sama dengan masa sekarang. Dengan adanya kesedaran KMD diharapkan dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik dan matang. Betapapun kita tidak tahun kejadian masa depan, namun masa depan dapat diramalkan. Misalnya, seseorang yang terlibat sebagai pengedar najis dadah pasti akan ditangkap dan dihukum pada suatu masa nanti. Antara aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah;

i. Membuat ramalan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat atau data dan kemudian membuat ramalan, membayangkan berlaku sesuatu (imaginasi), membuat persediaan untuk menghadapi hasil ramalan, dan sebagainya.
ii. Menjangka akibat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis sebab dan menjangka akibatnya, menganalisis kejadian dan menjangka akibatnya, mengatur strategi mengatasi kebimbangan, membuat persediaan menghadapi sesuatu yang bakal berlaku, dan sebagainya.
iii. Mengendalikan perubahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membincangkan cara-cara mengatasi sesuatu daripada berlaku, membuat persediaan untuk menghadapi sesuatu, menyesuaikan kebiasaan diri, dan sebagainya.
(e) Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan murid aktif kerana dengan adanya kepelbagaian kemahiran menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Pusat perkembangan Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid, iaitu;

i. Kecerdasan Verbal-Linguistik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan kata-kata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan yang tepat menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan ungkapan dan bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status sosial dan isu yang diperkatakan, dan sebagainya.
ii. Kecerdasan Logik-Matematik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya, kebolehan menjangka, dan sebagainya.
iii. Kecerdasan Visual-Ruang -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik, hasil seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan.
iv. Kecerdasan Kinestetik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan dan ekspresi badan untuk menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran, menyelesaikan masalah, menyampaaikan hasrat dan sebagainya.
v. Kecerdasan Muzik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu. Juga termasuk mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau irama.
vi. Kecerdasan Interpersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain, serta kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama melakukan sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan atau melakonkan tugasan yang diberikan.
vii. Kecerdasan Intrapersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi kelemahan, kekuatan, hasrat dan kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan memboleh individu berkenaan menangani kelemahan, menjanakan kekuatan, mengawal kemarahan atau kekecewaan, dan memilih aspek yang mampu dilaksanakan.
viii. Kecerdasan Naturalis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan memahami alam persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri dan orang lain dan mengamalkannya, dan sebagainya.

(f) Kemahiran Pembelajaran Kontekstual
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001d) Pembelajaran Kontekstual (PK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan. PK menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran pelbagai. Pembelajaran berlaku apabila murid dapat memproses maklumat dengan cara menggabungkan atau menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baharu secara bermakna. Ia berlaku dalam minda dan kemudian diterjemahkan secara nyata sama melalui kata-kata, perlakuan atau hasilan. Pengalaman sedia ada murid itu melibatkan peraturan bahasa, adat budaya, persekitaran sosial, psikologi, alam fizikal, amalan kehidupan, sekolah, tempat kerja atau tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya. Guru boleh melaksanakan Kemahiran Pembelajaran Kontekstual dalam bilik darjah dalam pelbagai bentuk pembelajaran seperti;

i. Menghubung kait -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyambungkan cerita, mencipta objek atau mengemukakan idea alternatif, mengubah suai sesuatu atau cara agar sesuai dengan keperluan semasa, dan sebagainya.
ii. Mengalami -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melakukan penerokaan idea, penemuan idea baharu berdasarkan maklumat atau idea sedia ada, reka cipta seperti mencipta ‘kereta luncur’ yang menggabungkan ciri-ciri kenderaan darat dengan kenderaan air dan kenderaan udara, dan sebagainya.
iii. Mengaplikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencipta objek pelbagai guna, menulis karangan yang mempunyai pelbagai teknik atau laras bahasa, dan sebagainya.
iv. Bekerjasama -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memberi reaksi terhadap permasalahan dalam pembelajaran, aktif menjana pembelajaran bersama, berkongsi idea atau maklumat, dan sebagainya.
v. Memindahkan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat sedia ada dan kemudian memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah, menggunakan ilmu-ilmu dari bidang lain seperti menggunakan objek bersudut (Matematik) untuk melukis mural (Seni Visual), mengarang cerita Sains, memilih corak dan warna yang sesuai untuk pakaian harian, dan sebagainya.

(g) Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme
Menurut McBrien & Brandt, dan M. Briner yang dipetik oleh Pusat Perkembangan kurikulum (2001e) Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan dengan membina pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif. Murid membina sesuatu atau pengetahuan mereka dengan menguji idea baharu dan idea sedia ada. Mereka boleh mencipta satu makna baharu atau objek baharu. Tentunya untuk membina sesuatu yang baharu akan memerlukan sesuatu yang sedia ada. Jepun mencipta kereta Toyota adalah berdasarkan kereta Ford yang dicipta oleh Britain. Yang menjadi inti fokus dalam konstruktivisme ialah ‘membina sesuatu yang baharu’ sama ada yang dibina itu objek, konsep, penulisan dan sebagainya. Muhd. Nasrudin Dasuki mencipta Mapen dengan menggabungkan bentuk drama dengan cerpen. Murid boleh membina sesuatu berdasarkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada mahupun idea baharu. Hal ini berbeza dengan PK yang menekankan ‘penggabungan idea’ atau ‘hubung kait idea.’ Konstruktivisme dapat membina pemahaman dan pengetahuan baharu. Aspek pengajaran dan pembelajaran yang boleh melaksanakan Pembelajaran Konstruktivisme ialah;

i. Mengkonsepsikan idea -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina takrif atau definisi sesuatu.
ii. Analisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina rumusan maklumat atau data-data, mengkategorikan maklumat atau data berdasarkan kriteria tertentu, dan sebagainya.
iii. Penghasilan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina objek-objek seperti kenderaan atau rumah masa depan, dan sebagainya.
iv. Hipotesis atau tesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan karangan atau idea perbincangan, membina hipotesis atau ramalan berdasarkan maklumat diperoleh, membina tesis berdasarkan maklumat dan data yang sahih, dan sebagainya.

Kesimpulan
Berdasarkan penerangan di atas dapat disimpulkan bahawa Kemahiran Bernilai Tambah memberi idea alternatif kepada guru dan murid menjanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih ceria, bermakna dan berkesan. KBT dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan memberi peluang kepada murid melaksanakan KBT dan seterusnya menjadikan pembelajarannya berkesan. Hal ini sesuai dengan tujuan KBT diperkenalkan, iaitu agar dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global.


Rujukan

Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa
Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001a.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.


Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001b.
Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001c.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001d.
Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001e.
Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002a.
Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002b.
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamid Mahmood, Abdul, dan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, “Kemahiran
Belajar Cara Belajar” dlm. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Thursday 21 July 2011

Tentatif dan aturcara

  • Tentatif(tentative) bermaksud sesuatu program dicadangkan di dalam kertas kerja dan boleh dilakukan perubahan semasa mesyuarat pengelola atau induk. Aturcara pula satu program yang telah diputuskan di dalam mesyuarat induk program dan telah menjadi rasmi.
  • tentatif membawa maksud :1.tidak muktamad(pasti)atau masih boleh berubah. 2.buat sementara waktu : ada tertera dalam kamus dewan edisi 3 m/surat 142

k e s e d i h a n a k u s e o r a ng w a n i t a

saat airmata ini mahu turun
kuseka dgn hujung lengan bajuku
kupujuk hati
kupujuk jiwa
kupujuk rasa

sensitiviti
hati dan naluri
kerana aku seorang wanita

wanita jangan lemah
wanita jgn goyah
wanita jgn rebah

aku
the iron woman..

masih tetap ada airmata KECEWA..
bukan kerana ironku hilang waja..

tapi kerana sedih
memikirkan bangsa ku
yang mencari gajah diseberang
sayang sekali
mereka lupa
semut merah dihujung kaki mereka..

senduku mengiringi lagi
jejak sepi hati
entah kapan berhenti
aku tak pasti..

kisah aku.....

aku hanyalah seorang isteri
yang sangat mencintai suami
kerana Allah dan Rasulnya..
mengharapkan reda suami
untuk mendapat reda Allah dan Rasul...
aku sangat menyanjung tinggi suamiku
kerana dia sangat menyanjug tinggi Rasulullah...
suami ku adalah Murabbi ku....

aku juga pencinta Ahlul Bait
kerana suamiku Mencintai mereka...
aku juga mencinta Ulama dan para Wali
kerana suami ku mencintai mereka
aku juga mencinta perjuangan Islam
kerana suamiku adalah sebahagian dari mereka...

kerana Allah Rasul dan perjuangan

Wednesday 20 July 2011

PIBG : ada FUNGSI KE???

Saya seorang Setiausaha PIBG sekolah. Sepanjang 3 tahun berkhidmat sebagai S/U, banyak yang saya perhati dan halusi. PIBG bukan lagi jadi wadah komunikasi tetapi jadi medan pertelingkahan banyak pihak. banyak isu2 yang sangat xwajar tetapi jadi bahan isu seolah2nya isu tersebut boleh menggugat negara.

PIBG : sebenarnya apa yg kita faham disebalik PIBG?
Persatuan : bersatu dalam sebuah perikatan
IbuBapa : ibu bapa kepada murid-murid yang belajar disesebuah sekolah
Dan : perkataan yang menjadi kata hubung atau penyambung antara dua perkara
Guru : pendidik yang mengajar di sesebuah sekolah.

Tapi, wujudkah perikatan diantara dua buah komuniti besar yang menerajui sesebuah sekolah. sebenarnya xwujud langsung. Guru-guru xsetuju dgn tindakan ibubapa, manakala ibubapa sentiasa mencari2 dan menunggu masa guru-guru melakukan silap.dimana silapnya..

minggu lepas, sy terkejut dgn kata2 seorg bapa nak buat aduan ke jabatan hanya kerana kesilapan kata2 beliau sendiri dan kata2 GB. peliknya dunia.., antara ibubapa dgn pentadbir sekolah sudah tidak ada kasih sayang dan saling perlu. Pihak pentadbiran sering sahaja sibuk dengan isu pertikaian dan pertelin gkahan pendapat ant guru dgn masyarakat.

sy bersetuju sekiranya ada saranan untuk menghapuskan PIBG. Pada sy, penglibatan dgn PIBG apalagi berjawatan dalam PIBG sangat membebankan tugas2 hakiki guru. sangat2 membebankan memandangkan guru-guru sudah termaktub tugas2 hakiki mereka. Pada sy pihak guru sudah menjalankan tugas mendidik anak-anak mereka semasa waktu sekolah. tak perlu lagi buat kelas tambahan atau kelas2 intensif. itu tugas ibubapa kalu nak anak berjaya. saya muak dgn kata2 guru-guru perlu berkorban masa dan tenaga untuk mendidik. Perlu ke??

kasihan pada guru-guru, menghabiskan masa dan tenaga untuk sebuah persatuan yang TAK PUNYA MASA DEPAN. PIBG sekadar jadi gelanggang meluahkan marah dan menghamburkan kata2 yang xenak didengar. untuk apa? kalo anak2 murid berjumlah 1400, ibubapa yg datang untuk mesyuarat agung hanya 200 orang. jumlah itu termasuk 80 orang ( sebab guru wajib hadir mesyuarat agung PIBG ). berapa kerat je ibubapa yang hadir. bila menjelang menyuarat PIBG jumlah tu berkurangan jadi xsampai 50 orang pun!!

alternatif, biar je PIBG sekadar nama. xperlu buat apa2., jadi duit pun tak habis. dan ibubapa pun xperlu susah2 pasal cari dana. banyak perkara yang boleh dibereskan tanpa bebanan tugas2 tambahan macam ni. heran., kalu xnk bagi sokongan untuk apa kita wujudkan persatuan..?

sudah2 lah. pilih satu ant 2 : berubah dan teruskan persatuan ; atau
BUBARKAN!!
suatu hari..
sakit lamaku datang lagi..

betapa kesukaran mengurtuskan diri
menitiskan airmata ini..

Ya Allah, alangkah beruntungnya aku
Walau pedih dan perit
mencengkam kian pedih dan ngilu..
namun,
dengan tasbih dan tahmid kepadaMu
Aku masih mampu bergerak biar dalam kepayahan..

Betapa aku akur
adamasa aku terlupa bersyukur
PadaMu...

lalu Kau ujiku dengan menarik nikmat pergerakan ku
hanya sedikit..
sedikit ya Allah...,

Ampunkan dosa2ku
limpahi rahmatMu ya Allah
Ke atas diriku
berikan rahmat keimanan kepadaku..
berkati nikmat usia yang Kau berikan..

Hanya padaMu Ya Allah..
Yang Maha Mengetahui...

MUdah2an niat baik kami tidak disalahertikan..

MUHASABAH

ramai manusia xtau apa itu muhasabah.
kerana kebiasaan dan tabiat manusia yg suka cr kesalahan org lain..
berbanding mencari kesilapan diri sendiri..

 insan biasa hanya tetap insan biasa..
terima secara positif dan hindarkan negatif..
positif tanda nilai hidup semakin tinggi
Negatif tanda kemunduran fikiran..

andai kesalahan itu milik saya
saya redha dan merendah diri meminta maaf

sebab
SY HANYA INSAN BIASA..

Monday 18 July 2011

Tulang Belakang Renggang.....!!

seramnya dgr apa yg dr bagitau...
dah injection dan dah mkn ubat
sakitnya masih sama..

Ya Allah....
semoga ini hanya kesakitan biasa je...

Kesian... anak2 masih kecik2...
masih perlukan aku...

Wednesday 13 July 2011

mari belajar matematik

http://www.mathsisfun.com/worksheets/

buka link ini juga..




manusia seringkali lupa
kewajipan menuntut ilmu..

meh kita belajar ni..mathsiseasy

buat latihan matematik di dalam link ini untuk memperkukuh asas matematik anda..

Tuesday 12 July 2011

kali pertama saya bertemu ust ini,
di masjid Al azim...

Sunday 10 July 2011

Mendidik anak

Anak adalah anugerah, ujian dan amanah kepada kedua-dua ibu bapanya. Tiada yang lebih berharga dalam kehidupan pasangan suami isteri selain dikurniakan dengan anak-anak yang sihat, cerdik, cergas dan cerdas. Selain itu, pastinya setiap pasangan menginginkan anak-anak yang bersahsiah baik dan berakhlak mulia, tetapi adakah peribadi dan akhlak mulia anak-anak ini terjadi dengan sendirinya atau memerlukan kepada asuhan serta didikan yang terpuji daripada ibu bapa mereka?
Sebagaimana yang kita maklumi bahawa proses pendidikan kepada anak-anak ini sewajarnya bermula semenjak dari dalam kandungan ibu lagi. Malah lebih daripada itu, Islam turut menganjurkan supaya pasangan suami isteri yang akan melakukan persetubuhan agar membaca doa terlebih dahulu. 
Ini penting agar pasangan suami isteri dan zuriat mereka terhindar daripada godaan serta pengaruh syaitan. Demikianlah kita dapat melihat betapa prihatinnya Islam dalam mendidik pasangan suami isteri untuk melahirkan zuriat dan generasi yang soleh dan solehah.
Menurut Imam al-Ghazali, anak-anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelasnya, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya `menjadi’ atau tidak. Dalam proses mendidik anak-anak, Islam menekankan konsep kasih sayang, penghormatan dan ketegasan. Ini penting agar keperluan fitrah, potensi diri dan nilai-nilai mulia dapat dibangunkan dalam jiwa anak-anak.



Sekumpulan pakar pendidikan kanak-kanak dari Universiti Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa dalam budaya Timur, khususnya masyarakat Melayu, amat jarang pengiktirafan sama ada berbentuk pujian, kata-kata perangsang, perhatian, penghargaan atau ganjaran dalam bentuk hadiah diberikan kepada anak-anak apabila mereka melakukan perkara yang baik. Para ibu bapa juga biasanya kurang atau tidak memberi pujian kepada anak-anak terutamanya anak-anak yang sudah bersekolah (golongan remaja). Malah sesetengah ibu bapa berasa malu dan kekok untuk memaklumkan penghargaan atau pujian kepada anak-anak mereka.
Namun, apabila anak-anak melakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan, dengan mudah ibu bapa memarahi, meninggikan suara, menghukum, memukul, merotan atau mendenda anak-anak tersebut tanpa menjelaskan apa kesalahan mereka serta menasihati anak-anak mereka dengan penuh hikmah serta belaian kasih sayang agar mereka tidak mengulangi lagi kesalahan tersebut. 
Bagaimanakah ibu bapa ingin melahirkan anak-anak yang cemerlang sedangkan mereka sendiripun tidak secemerlang mana tentang ilmu-ilmu keibubapaan? Jangan salahkan anak-anak sekiranya mereka bersikap pasif, memberontak serta merasakan diri mereka tidak diberikan perhatian. 
Para ibu bapa sewajarnya mengoreksi diri kerana mereka telah mengabaikan aspek-aspek positif, kasih sayang, penghargaan, pengiktirafan dan perhatian yang sepatutnya difokuskan kepada anak-anak mereka. Beberapa rumusan kajian sosiologi pendidikan mendapati bahawa denda dan hukuman adalah cara yang paling biasa digunakan oleh ibu bapa untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. 
Namun pendekatan ini adalah kurang sesuai dan tidak digalakkan walaupun ia nampak berkesan untuk memberhentikan atau mengurangkan sesuatu tabiat buruk anak-anak. Memarahi, mendenda atau memukul membawa lebih banyak keburukan dan hanya patut digunakan sebagai jalan terakhir bagi menangani sesuatu perbuatan buruk yang dilakukan oleh anak-anak, setelah kesemua langkah pemantapan positif tidak berjaya. 
Secara idealnya, seseorang kanak-kanak haruslah dibesarkan dengan pengaruh positif, iaitu dengan melebihkan ganjaran (kata-kata pujian, perangsang, penghargaan atau hadiah) daripada hukuman (memarahi, mengherdik, mendenda atau memukul). Perlu dijelaskan bahawa mendenda, memukul atau merotan anak ada kalanya perlu kita laksanakan, terutamanya apabila anak-anak melakukan perkara yang melampaui had atau melanggar perintah syariat seperti meninggalkan solat. 
Hal ini bertepatan dengan perintah Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang terkandung dalam sabda baginda yang bermaksud: “Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya mereka meninggalkannya (solat) ketika berumur sepuluh tahun.” (Hadis riwayat Abu Daud) 
Sebenarnya perwatakan atau personaliti anak-anak banyak bergantung kepada jenis pendedahan yang mereka terima sama ada berunsur positif atau negatif. Setiap pendedahan ini akan tertanam di dalam minda mereka sebagai pembelajaran masa lampau. Inilah antara faktor utama yang membentuk keperibadian, pemikiran, tindak-tanduk serta nilai yang akan dibawa oleh anak-anak itu. Oleh sebab itulah, lazimnya kita mendapati jikalau sesebuah keluarga itu bermasalah, maka ia akan melahirkan anak-anak yang bermasalah pula. 
Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan pendedahan kepada nilai-nilai positif agar mereka menjadi insan yang cemerlang. Realiti ibu bapa pada hari ini terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa bersikap permisif iaitu membiarkan anak-anak melakukan apa sahaja dengan bebas tanpa had sempadannya. Ibu bapa sebenarnya bertanggungjawab menjelaskan kepada anak-anak bahawa kebebasan manusia telah ditentukan oleh Allah. Sikap permisif ibu bapa hanya akan mendorong anak-anak untuk melanggar had kebebasan yang ditentukan oleh Allah. 
Ibu bapa tidak sewajarnya terlalu memanjakan anak mereka sehingga tidak pernah bertegas atau menegur kesalahan anak. Akhirnya anak-anak ini akan membesar dan bebas berbuat sesuka hati kerana mereka tidak tahu menilai antara yang baik dan buruk. Filem Anakku Sazali arahan dan lakonan Tan Sri P. Ramlee sangat baik untuk kita renungkan betapa terlampau memanjakan anak itu bakal mengundang akibat buruk, fitnah dan kerosakan.
Sikap permisif para ibu bapa inilah sebenarnya yang turut menyumbang kepada gejala sosial seperti pergaulan bebas, keruntuhan akhlak, penyalahgunaan dadah, aktiviti jenayah dan budaya hedonisme di kalangan remaja. Konklusinya, ibu bapa perlu membina iklim positif dalam mendidik fitrah diri anak-anak. Budayakan amalan kasih sayang, penghargaan, pujian dan pengiktirafan untuk membina potensi dan peribadi mereka. 
Ingatlah bahawa keperibadian anak-anak adalah cermin yang menunjukkan bagaimana corak pendidikan yang mereka terima daripada kedua ibu bapa.

MEH BACA

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anje.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you luv me, I luv you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... semua dapat, mesti ada!
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul tu..dia saje.
A = ada macam takde, bagi anak reti ler.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh hampir setiap masa.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?

TETAPI YG SEHARUSNYA ADALAH
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman.

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa.

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suami pun tak cari ganti.

ASRAMA RUMAH KEDUA, Latih pelajar berdisiplin, berdikari



KISAH kejayaan dan kecemerlangan pelajar khususnya dari sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sering mengisi dada akhbar.
Siapa tidak cemburu melihat kejayaan itu, sekali gus sukar mengikis tanggapan masyarakat terhadap institusi cemerlang itu yang sememangnya sinonim dengan kehidupan asrama berbanding pelajar sekolah harian yang majoritinya selesa tinggal di rumah.
Kemudahan prasarana dan sistem pembelajaran teratur serta sistematik menjadi tarikan ibu bapa menghantar anak belajar di sekolah berasrama.
Meskipun diakui keupayaan pencapaian akademik pelajar yang menjalani kehidupan di asrama, persoalannya, apakah hanya pelajar berkenaan saja mampu meraih kecemerlangan?
Bagaimana pula dengan pelajar sekolah harian biasa, apakah mereka tidak mampu cemerlang sedangkan kurikulum yang dipelajari sama seperti diikuti pelajar di sekolah lain.
Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster, Kementerian pelajaran, Datin Dr Siti Zaleha Abdullah Sani, berkata pelajar yang tinggal di asrama mempunyai banyak ruang atau peluang untuk belajar.
Katanya, menjadi sinonim di sekolah asrama adalah daya saing untuk belajar dan setiap pelajar bukan saja berlumba-lumba mencipta kejayaan malah kecemerlangan dalam bidang akademik masing-masing.
“Suasana kehidupan di asrama sesuai untuk membentuk pelajar agar lebih berdisiplin dan berdikari memandangkan mereka terpaksa menguruskan diri sendiri dengan baik.
“Begitu juga cabaran guru yang mendidik pelajar SBP, komitmen mereka amat setara dan tidak berbelah bahagi kerana berdepan dengan pelajar yang sangat komited dalam pelajaran.
“Gabungan itu secara tidak langsung dilihat sebagai satu kelebihan dalam mewujudkan persekitaran dan pembudayaan ilmu cemerlang,” katanya kepada Berita Harian di Putrajaya, baru-baru ini.
Dari segi akademik, katanya, pencapaian pelajar SBP dalam Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah yang terbaik berbanding sekolah bukan SBP.
Malah katanya, jumlah pelajar yang memperoleh pencapaian semua A dalam mata pelajaran turut mencatat peningkatan setiap tahun.
“Ada yang menyoal mengapakah tidak ada pelajar SBP yang mendapat 17A1 dalam SPM? Jawapannya, kita mempunyai kriteria kecemerlangan akademik yang bersesuaian dan praktikal dengan tahap pengembangan psikologikal yang dilalui oleh peringkat umur pelajar. Oleh itu, pelajar SBP dibenarkan mengambil 10 kertas SPM saja,” katanya.
Menyentuh mengenai cabaran kehidupan di asrama, Siti Zaleha berkata, tinggal di asrama memerlukan ketabahan dan pengorbanan termasuk terpaksa berjauhan daripada keluarga.
“Inilah dugaan yang paling besar perlu dihadapi khususnya pelajar tingkatan satu kerana kebanyakan mereka tidak pernah berenggang dengan ibu bapa.
“Di sinilah pelajar benar-benar diuji ketahanan mental serta emosi dan keupayaan mereka mengatasinya membuktikan kekuatan serta keyakinan berdepan cabaran pada masa depan,” katanya.
Beliau turut mengakui kredibiliti SBP begitu kukuh sejak dulu lagi, seiring dengan tanggapan masyarakat yang menganggap SBP adalah tempat terbaik untuk mencerna kejayaan.

SEKOLAH BUKAN FAKTOR UTAMA CAPAI KEJAYAAN



MENGHARUNGI kehidupan di asrama bukan sesuatu yang mudah bagi sesetengah pelajar terutama mereka yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga.
Disiplin dan peraturan ketat menyebabkan sesetengahnya mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga dan mengikuti pelajaran di sekolah harian biasa.
Bagi ibu bapa pula, mereka berusaha memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing, baik dari segi kemudahan pembelajaran mahupun sekolah.
Pilihan mengikuti persekolahan di sekolah berasrama atau sekolah harian yang menjanjikan kehidupan selesa di rumah perlu dibuat secara bijak bagi memastikan kecemerlangan anak dapat dicapai.
Surirumah, Nur Yasmin Zulkifli, berkata sama ada seseorang pelajar itu perlu tinggal di asrama atau rumah, semuanya bergantung kepada ibu bapa mereka.
“Jika berasakan anak mereka sesuai tinggal di asrama, ibu bapa boleh berbuat demikian. Bagaimanapun, pada masa sama, ibu bapa perlu menilai sejauh mana disiplin anak mereka kerana apabila tinggal di asrama, pelajar kemungkinan berdepan pelbagai masalah sosial,” katanya.
Justeru katanya, mereka perlu memastikan anak mereka memiliki disiplin tinggi supaya tidak mudah terpengaruh dengan gejala tidak sihat yang sering dikaitkan dengan pelajar yang tinggal di asrama.
Permasalahan itu katanya, antara punca kepada kemerosotan pembelajaran pelajar yang wajar dibendung seawal mungkin.
Bagi kakitangan swasta, Zamberi Zainal, persoalan sama ada pelajar lebih berjaya jika tinggal di rumah atau di asrama tidak timbul kerana tempat bukanlah penentu kejayaan seseorang pelajar.
Sebalik katanya, usaha dan kesungguhan pelajar menjadi faktor utama yang mampu membawa kecemerlangan.
“Asrama hanyalah wadah untuk meneroka kecemerlangan bukannya tempat meraih kejayaan mutlak.

“Buktinya ada pelajar yang tinggal di rumah mampu mencapai keputusan dan kejayaan yang setaraf dengan pelajar asrama, malah lebih baik lagi,” katanya.
Pegawai bank, Siti Asmah Mt Noor, bagaimanapun mengakui kehidupan pelajar di asrama banyak memberi kebaikan bukan saja kepada pelajar, malah ibu bapa.
“Anak saya kini mengikuti pengajian di salah sebuah SBP di Selangor dan banyak perubahan berlaku pada dirinya sejak memasuki sekolah itu.
“Dia kini lebih berdikari dan berdisiplin malah hubungan kami sekeluarga lebih mesra berbanding dulu. Dari segi pembelajaran, dia lebih fokus dan banyak menghabiskan masa untuk belajar.
“Malah, rutin harian ketika di asrama turut terbawa-bawa setiap kali dia pulang bercuti di rumah dan turut dijadikan ikutan adik yang lain,” katanya.

GURU GEMILANG HASILKAN PELAJAR CEMERLANG



SAMBUTAN Hari Guru hari ini diharapkan mencetuskan semangat dan keazaman kira-kira 300,000 guru seluruh negara bagi meneruskan perjuangan mendidik dengan ikhlas serta berdedikasi dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang dan berkualiti.
Walaupun kini beban tugas mendidik pelajar semakin berat dan bertambah, amanah dan tanggungjawab perlu ditunaikan dengan penuh komitmen dalam usaha memperkasa dan memartabatkan lagi profesion keguruan negara, di samping membuktikan hasil kerja berkualiti serta berdisiplin.
Guru tidak boleh bersikap lepas tangan terhadap kepentingan peranan mereka membantu pelajar mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran sehingga mampu mencapai kecemerlangan menerusi pengajaran yang berkesan.
Kepentingan guru berkualiti perlu dititikberatkan kerana tanpanya sukar untuk menghasilkan pelajar bermutu. Tanpa komitmen guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, perubahan kemajuan dalam pelajaran mungkin terjejas sehingga ada pelajar masih tidak dapat membaca walaupun sudah memasuki persekolahan menengah.
Justeru, guru mesti menghayati tugas murni profesion keguruan dan menjalankan tanggungjawab itu atas dasar ikhlas untuk mendidik, bukan sebagai pilihan kerjaya terakhir.
Dengan kesungguhan semua pihak, pelajar mampu mencapai kecemerlangan membanggakan.
Antara ciri pendidik berkualiti ialah melaksanakan tugas dengan bersungguh dan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran.
Di samping itu, guru berkualiti bersedia menghadapi cabaran pelajar bermasalah dan tidak mudah mengalah atau cepat tawar hati sehingga hilang semangat untuk berusaha membantu mengatasi kelemahan mereka, selain sentiasa bekerjasama dengan pihak pentadbiran ke arah kebaikan pendidikan negara.
Guru juga perlu berusaha mempertingkatkan profesionalisme dari semasa ke semasa dengan mengikuti kursus dan perkembangan terbaru bidang pendidikan, terutama mengenai kaedah serta pendekatan pengajaran yang berkesan.
Selain itu, guru berkualiti perlu seiring dengan aspirasi negara, bukan bertindak mengikut emosi peribadi, seterusnya menganggap tugas mendidik sebagai amal kebajikan atau ibadat yang diberikan ganjaran besar di sisi Allah.
Guru mesti sentiasa menunaikan amanah dengan jujur, sekali gus berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan pesat dunia pendidikan harus memiliki motivasi, keyakinan serta kesedaran diri untuk menghasilkan prestasi kerja berkualiti.
Pendidik sebenarnya banyak berkorban demi kepentingan pelajar, termasuk menyelesaikan tugas berkaitan pengajaran sehingga malam di rumah dan gigih memberi persediaan terbaik kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan.
Pelajar cemerlang, guru gemilang dan negara terbilang yang diredai Allah.
Dalam konteks lebih luas, guru adalah bertanggungjawab untuk mendidik dan memimpin masyarakat.
Tidak dinafikan bahawa guru banyak menyumbang khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi membentuk sahsiah pelajar.
Dalam proses pembentukan sahsiah pelajar, guru terlebih dulu perlu mempunyai sahsiah baik untuk dicontohi pelajar.
Contoh teladan guru juga banyak membantu pembentukan akhlak pelajar.
Merekalah yang seharusnya terlebih dulu dilengkapi ciri akhlak mulia walaupun masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur.
Dari sudut lain, guru juga adalah ejen kepada keberkesanan pendidikan.
Sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya ejen penyampaiannya tidak berkesan.
Kejayaan dan keberkesanan pendidikan amat berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmu dan keluhuran peribadinya.
Himpunan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah kriteria peribadi guru yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh berkesan.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa guru adalah orang yang bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui penyebaran ilmu kepada masyarakat.
Justeru, semua guru mesti menyedari tanggungjawab mereka dan sentiasa menjaga nama baik sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat dengan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab secara ikhlas dan jujur.

Mengapa Hawa Dicipta Saat Adam Tertidur

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit kelu...arnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya. Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.     Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.     Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

Saturday 9 July 2011

Alam persekolahan adalah alam yang amat menyeronokkan jika kita tahu menggunakannya. Ini tidak menghairankan kerana ramai di antara mereka yang telah berjaya di peringkat tinggi, ingin belajar lagi. Begitu juga mereka yang sudah bekerja, masih menanam minat untuk melanjutkan pelajaran. Mungkin dengan cara ini mereka boleh meningkatkan lagi prestasi kerja, di samping mengukuhkan lagi kestabilan ekonomi dalam keluarga. Namun demikian, keseronokan belajar yang dicapai dalam usia yang telah meningkat agak berlainan dengan pelajar yang masih di alam persekolahan yang sebenarnya.
Memang tidak dinafikan bahawa cabaran di medan pembelajaran amat besar dan saingannya amat menyukarkan. Ada sesetengah pelajar merasakan diri mereka tidak boleh menyaingi rakan mereka yang lebih pandai daripada mereka, sukar untuk memahami apa yang diajar oleh guru, suka berkhayal dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Oleh sebab itu, akan wujud sikap 'rendah diri' terhadap masalah yang timbul.
Mengapa situasi begini berlaku? Tanyalah pada diri sendiri. Setiap hari, sebelum melangkahkan kaki ke sekolah, adakah kita pernah bertanya pada diri:
  • mengapa aku ke sekolah?
  • apa yang aku mahu dapat di sekolah?
  • pentingkah aku ke sekolah?
  • adakah sekolah dan alam persekolahan menyeronokkan aku?
  • apa yang ada di sekolah yang menyeronokkan aku?
  • sejauhmanakah sekolah dan alam persekolahan penting dalam perkembangan sakhsiah aku?
  • adakah aku ke sekolah untuk lulus peperiksaan semata-mata?
  • adakah aku ke sekolah kerana terpaksa?
  • adakah sekolah membosankan aku?
  • adakah sekolah membebankan aku dengan aktiviti ko-kurikulum?
dan macam-macam pertanyaan lagi.                                               (Abdul Ahmad, DS, 1988)
Berdasarkan kepada persoalan situasi di atas, apakah jawaban yang ada pada diri pelajar untuk mengatasinya. apakah cukup dengan hanya menjawab di mulut atau memikirkannya di otak tanpa melakukan sesuatu yang positif bagi mengatasinya.
Oleh yang demikian, untuk mencapai sesuatu kejayaan, pelajar seharusnya tahu bagaimanakah cara menguruskan disiplin masa, di samping strategi pembelajaran yang berkesan. Di bawah ini diutarakan cara-cara pendekatan pembelajaran yang lebih luas untuk panduan para pelajar.
 
1. SIKAP YANG POSITIF
Pelajar tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat terhadap kejayaan. Mereka haruslah sentiasa bersikap positif terhadap hidup dan berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan resipi ke arah kegagalan.
 
2. DISIPLIN MASA
Proses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Tidak mungkin seseorang itu dapat lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu  perancangan yang baik. Fikirkan perkara ini.
  • adakan jadual waktu harian dan mingguan
  • ambil pendekatan 'pengurusan mengikut objektif' terhadap kerja-kerja akademik
  • menggunakan konsep-konsep pengurusan masa yang lain dengan cara yang teratur dan terancang seperti penggunaan diari

3. MERANCANG PENGGUNAAN MASA
Pelajar perlu faham bahawa skop kurikulum sekolah pada masa ini agak luas. Banyak perkara yang perlu dipelajari dalam waktu yang singkat. Oleh itu pelajar perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara yang efisien.
 
4. MENDAHULUKAN YANG UTAMA
Melalui perancangan, pelajar dapat mengimbangi pengagihan masa belajar mengikut jumlah masa yang ada. Keutamaan diberikan kepada pelajaran yang pelajar rasakan dia lemah serta memberikan masa yang lebih kepada pelajaran yang sukar. Pelajar juga tidak sepatutnya memberi tumpuan yang berat hanya kepada kurikulum sekolah dan mengabaikan aktiviti ko-kurikulum yang lain. Tidak wajar juga bagi pelajar menumpukan perhatian kepada sukan sahaja.
 
5. TABIAT DALAM BILIK DARJAH
Pejar-pelajar mungkin hadir dalam bilik darjah tetapi mereka berkhayal dan tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Mereka ini dikira sebagai 'ponteng psikologi' atau 'psycological truancy'. Dengan itu, perkara berikut harus dilakukan dalam bilik darjah untuk meningkatkan daya 'kesegaran' dalam pembelajaran.
  • sudah bersedia untuk memulakan pembelajaran
  • tunjukkan minat terhadap subjek yang sedang diajar walaupun ia adalah subjek yang tidak disukai
  • berikan perhatian dan penumpuan terhadap apa yang diperkatakan oleh guru
  • sentiasa bersikap ingin tahu, ini akan membuat anda berani untuk bertanya atau mengemukakan pandangan/pendapat
  • memainkan peranan yang dinamis dalam bilik darjah
  • melibatkan diri dalam perbincangan yang diadakan

6. BAGAIMANA MEMBUAT PERSEDIAAN PEMBELAJARAN
Penyelidikan (di Amerika Syarikat) telah mendapati bahawa pelajar-pelajar yang bersedia untuk menghadapi pelajaran di bilik darjah akan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Mereka bukan sahaja belajar bersungguh-sungguh, tetapi juga membuat persediaan. Persediaan yang perlu bagi seseorang pelajar ialah:
  • membaca topik/tajuk yang akan diajar oleh guru keesokannya
  • menulis nota dalam bilik darjah
  • melengkapkan nota-nota dengan segera di perpustakaan agar tidak terlupa
  • siapkan kerja rumah dengan segera

7. GUNAKAN PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER
Ramai di antara pelajar yang menggunakan perpustakaan untuk membaca buku atau membuat temujanji sahaja. Perpustakaan dan pusat sumber bukanlah setor buku tetapi adalah tempat menyimpan buku untuk dipinjam. Gunakan kemudahan ini sebaik mungkin dengan meminjam buku-buku akademik, artikel-artikel atau majalah-majalah yang berkaitan dengan pelajaran. Ketahuilah bahawa perpustakaan mempunyai:
  • keratan-keratan akhbar yang menarik dan amat berguna
  • majalah lama dari dalam dan luar negeri
  • alamat-alamat organisasi penting, dan banyak lagi...

8. JAGA KESIHATAN ANDA
Kejayaan tidak akan dapat dicapai sekiranya badan lemah atau kesihatan mental terganggu. Langkah-langkah berikut dapat membantu anda.
  • sentiasa bersikap tenang
  • memakan makanan yang berkhasiat
  • mengadakan senaman yang berterusan
  • sentiasa bersikap positif dan rasional dalam kehidupan
  • riangkan hati anda dengan senyuman di bibir

Semoga dengan langkah-langkah di atas, pelajar-pelajar dapat mengatur pengurusan masa dan pembelajaran dengan baik kerana ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak menggunakan cara yang sistematik dalam memudahkan proses pembelajaran mereka.